Skip to content

  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • black color
  • cyan color
  • green color
  • red color

02

Feb

TAHUKAH ANDA!! Tanggungjawab Anda Sebagai Peminjam Untuk Mengelak DENDA LEWAT
Ditulis oleh Admin   

Denda lewat akan dikenakan terus kepada pembeli oleh pemaju apabila tuntutan bayaran kemajuan harta lewat dikeluarkan. Menjadi tanggungjawab peminjam untuk mengetahui perkara berikut untuk mengelakkan diri dikenakan denda lewat ini.

1. Perjanjian Jual Beli dibaca dan difahami sebelum menurunkan tandatangan;

2. Permohonan yang lengkap dikemukakan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) TIDAK LEWAT 7 HARI dari tarikh perjanjian jualbeli;

3. Permohonan pinjaman mestilah lengkap untuk mengelakkan ditolak/kuiri;

4. Borang cagaran hendaklah ditandatangani di hadapan peguam dengan SEGERA untuk dikemukakan kepada BPP TIDAK LEWAT 14 HARI dari tarikh surat kelulusan;

5.

i)Peguam mendaftarkan dokumen cagaran dengan SEGERA untuk dikemukakan   kepada BPP TIDAK LEWAT 30 HARI dari tarikh borang cagaran di tandatangani oleh BPP.
ii) Wang Beza telah dijelaskan bagi membolehkan peguam membuat pengesahan kepada BPP.

6. Peminjam hendaklah memastikan supaya pemaju mengemukakan:

i)    Tuntutan bayaran selepas urusan cagaran harta kepada kerajaan disempurnakan
ii)   Surat tuntutan bayaran mengikut tarikh invois
iii)  Surat tuntutan bayaran yang lengkap beserta sijil arkitek.

7. Peminjam hendaklah sentiasa berurusan dengan peguam dan pemaju untuk mengelakkan denda lewat.


 

11

Jan

SESI FOTOGRAFI BPP
Ditulis oleh Admin   

Unit Sumber Manusia Khidmat Pengurusan akan mengadakan Sesi Fotografi untuk semua Pegawai dan Kakitangan berjawatan Tetap & Kontrak Off Service bagi tujuan pengemaskinian Profil & LNPT (Laporan Nilaian Prestasi Tahunan). Sesi fotografi untuk setiap seksyen akan diadakan seperti jadual berikut :


Seksyen

Tarikh

Tempat

Pengurusan Atasan

06/01/2010

Bilik Sumber Unit Kewangan

Seksyen Khidmat Pengurusan

07/01/2010

Bilik Sumber Unit Kewangan

Seksyen Cagaran

08/01/2010

Bilik Mesyuarat Seksyen Cagaran

Seksyen Proses

11/01/2010

Bilik Mesyuarat Seksyen Proses

Seksyen Akaun Tingkat 5
Seksyen Kawalan
Seksyen Dasar & Perancang Strategik

12/01/2010

Bilik Mesyuarat Unit Laporan Dana
Ruang Legar Seksyen Kawalan
Ruang Legar Seksyen Dasar

Seksyen Akaun Tingkat 4

13/01/2010 - 15/01/2010

Ruang Legar Unit Khidmat Sokongan

Seksyen Teknologi Maklumat

18/01/2010

Bilik Mesyuarat Teknologi Maklumat

Seksyen Bayaran

19/01/2010 - 20/01/2010

Bilik Mesyuarat Seksyen Bayaran

Bilik Fail Tingkat 2
Bilik Fail Tingkat 3

21/01/2010 - 22/01/2010

BF2
BF2

Seksyen Perundangan

25/01/2010

Bilik Mesyuarat Seksyen Perundangan

Seksyen Unit Mel
Kaunter Pusat

26/01/2010 - 27/01/2010

Ruang Legar Unit Mel

Kerjasama dari warga BPP dipohon bagi melancarkan sesi fotografi tersebut.

 

Sebarang komen yang menggunakan pengenalan Anonymous tidak akan dipaparkan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Elakkan penggunaan perkataan yang tidak sesuai, bersifat hasutan atau fitnah. Terima Kasih.

Kalendar

 Feb   March 10   Apr

SMTWTFS
   1  2  3  4  5  6
  7  8  910111213
14151617181920
21222324252627
28293031 
Julianna Willis Technology

Login

Lupa katalaluan? Pengguna Baru